Old Happy Cakes Blog

-archive-

Friday, April 13, 2007

Celebration Cupcakes.













Thanks Shila. Semoga selamat mendarat di Penang! Convi-theme Arsenal untuk somebody special. Ini entah kali ke berapa orang bawak cupcakes naik pesawat..sanggup you all. My concern is always always...jgn kek damage masa travel. But so far..so good.




























Spell-My-Message cupcakes. For Anita from Astro who looked rradiant on her birthday. And also Tasha, I love you always forever. Mesti untuk somebody special jugak. Sesuai dijadikan hadiah bila-bila masa. Kalau call tak angkat maaflah ya...selalu je tengah driving hehe..or tak dengar. So better sms je. I will follow up. Email pun boleh tapi lmbat sket sbb I will be offline until Mei. Terima kasih kerana melawat blog ni. Happy weekends!

Friday, April 06, 2007

Cupcake Sukan

Cupcake convi-set bertemakan sukan Triathlon (sukan renang. marathon & berbasikal). Entah yg mana satu dulu - sila abaikan ya. Di tempah khas oleh Lin untuk Adzim. Puas saya memikirkan cemana nak buat..supaya cantik, menepati tema, sedap dimakan dan paling penting, mudah dibungkus dan tak rosak bila travel. Mulanya ingat nak pakai modelling paste..tapi saya decide guna coklat saja. Hasilnya semua atlit tu kelihatan lebih seragam dan chocolaty good. Nak juga try buat cupcake cake, tapi memandangkan beberapa ciri tak menepati spesifikasi, maka jadilah seperti di bawah ni. Insya-Allah saya memang nak cuba cupcake yang dijadikan kek, tapi saya kena pikir caranya nak dapatkan papan kek yang muat dengan kotak sedia ada. Convenient untuk customer, dan tak peningkan kepala saya yg satu ini juga. Hehe. Okey jumpa lagi. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.