Old Happy Cakes Blog

-archive-

Thursday, November 30, 2006

Update Preview
















Menu baru, ambil masa sikit nak disiapkan. Ada dua menu yang saya sedang usahakan. Update version yg sedia ada, and a new baby box menu. Minta maaf kerana kelewatan ni ya. Pada yang email, saya sudah terima dan letak star kat email anda. Siap saja, saya pasti akan hantarkan menu-menu ini. Selewat-lewatnya esok.

Sementara itu, ada sedikit update baru di atas. Tengok-tengok dulu mungkin. Kepada yang berminat boleh terus email happycakes.my@gmail.com. Saya akan balas nanti.
Terima kasih :)

Tuesday, November 28, 2006

Preview

Baby Box Fantastic Wedding Doorgift























Also perfect as birthday party doorgift, corporate events, any kenduri. Adds special touch to the presentation/occasion. Menu soon to be released. Stay tuned.

For those interested to get Baby Box Happy-Menu, please drop me an email at happycakes.my@gmail.com. Or u can leave ur email in the comment box below, I will get back to you as soon as I can. Thank you so much.

Sunday, November 26, 2006

Saturday Cupcakes

1. YM Raja Mariam, hi-tea for ladies. Glossy icing, delicate sugar flowers.
2. Sharifah N.Nazim, family gathering. Fancy buttercream & sprinkles.








NEW! Baby Box Exclusive

CML Day-Chit Chat & Fun
Venue: Klinik Ortopedik, Hospital Besar,KL.

Majlis dianjurkan oleh MAX FAMILY. Khas untuk pesakit & keluarga penghidap penyakit Chronic Myeloid Leukemia. Happy Cakes doorgift ditaja oleh a generous En. Izham Che Ros.

Cakes color is in reverse.


Watch this space for more new ideas on baby box. My fantastic wedding doorgift. Menu updating is in-progress.

Thursday, November 23, 2006

For Kak Ngah With Love
















































From her sweet sister, Hani.


Later today, for some friends.




































Alamak pen..pic ko blur la. Aku malas nak snap balik.. Halal eh.

Everybody enjoy!

Monday, November 20, 2006

Special Project



Untuk open house office Sweet. Leo Burnett, KL.

Happy Deeparaya chocolate buttercream multilayer cake with cream cheese topping.

Sunday, November 19, 2006

Raspberry Swirl

Topping can be absolutely anything..

Bezanya cuma design apa nak buat. Nak yg detail, tentu ambil masa yg lebih lama nak siap..sebab kerjanya remeh juga. Kena belek satu per satu. Perasa toppingnya boleh diubah-ubah ikut selera.

Budak kecik dapat yg krim dijilat dulu, keknya makan kemudian. Yang dewasa ada tu tak kisah krim sekali-sekala. Maklum la org mesia skrg ni health conscious. Ada yg kalau boleh nak kosong aje..mcm my dad and ayah kasim(selera org tua..heh). Ada tu, rasa sayang nak makan. Lah. Kita masak nak suruh dimakan. Ada pulak tengok krim kembang tekaknya(pun org tua gak..eh tak ngaku tua ye)... Haha..mcm tula lain orang lain seleranya. Yang penting, cupcakes menjadi hidangan menarik apabila dihias dan diletakkan sekelompok dengan kawan-kawannya. Penyeri meja. Melihat je pun suka.

Pic here is classic buttercream, with raspberry jam swirls and blue chocolate rice. Matches vanilla base cake very well. *Paduan aroma jem raspberry yg masam manis meningkatkan kesedapan bila dikunyah bersama kek perasa vanilla yg lembut. Manakala krim yang halus gebu pula mencair di atas lidah membuatkan kenikmatan kek itu bertambah asyik. Teguk pula secawan teh o kurang manis... petang-petang gini yg asek ujan aje.

*Sekadar ekspresi penulis bermain dgn bahasa. Wehehe..

















































Delivered to Edryna's office. 24 vanilla cupcakes + buttercream sprinkles.

Thursday, November 16, 2006

A Classroom Project

Assalamualaikum. Cikgu Diana secara tergemparnya bagitau yg dia perlukan 100 biji cupcakes untuk jamuan hari raya kelasnya. Kerana tak mahu menghampakan teman baik aku ni, ,maka aku bersetuju jugak walaupun last minit, less than 14 hours. "Ala simple-simple je jo..untuk budak-budak"..

Maka resultnya pun simple saja. Tercapailah niat cikgu diana nak gembirakan anak-anak muridnya. (Pheww..!!)


















p/s: Tunggu update minggu depan ya. Ada sesuatu yang agak istimewa. Insya-Allah..

Untuk yang berminat mendapatkan menu, sila email happycakes.my@gmail.com Terima kasih dan selamat berhujung minggu!